bbb

Rabu, 14 November 2012

SOALAN LATIHAN


SK SERI TASEK,
1412O SIMPANG AMPAT, SPS.

NAMA:…………………………………………….. ……KELAS:………


ANTONIM

1 Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.
A kabur
B pudar
C terang
D senang

2 .Kevin sering datang ke rumah saya,. kata Muniandy.
A jarang-jarang
B kadangkala
C selalu
D kerap

3 Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.
A sokongan
B galakan
C sindiran
D cacian

4 Orang yang berbaju merah itu gila.
A baik
B waras
C berguna
D sempurna

5 Barang-barang itu telah diambil oleh tuannya semalam.
A diserahkan
B dirampas
C dipinjam
D diterima


SINONIM
Pilih perkataan yang sama maksud dengan perkataan yang bergaris.

1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
A layu
B hidup
C kuncup
D kembang

2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.
A kuat
B berani
C gentar
D kasar

3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam
dari desa itu.
A petang
B senja
C malam
D subuh

4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyak semalam kerana diganggu nyamuk.
A leka
B lena
C mudah
D selesa

5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.
A sepi
B nyata
C jelas
D kabur



KATA HUBUNG

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Guru itu sering dipuji ___________ rajin bekerja.
A atau
B jika
C agar
D kerana

2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
A dan
B tetapi
C manakala
D walaupun

3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
A hingga
B tatkala
C setelah
D supaya

4 Pencuri memasuki rumah itu __________ penghuninya sedang tidur nyenyak.
A agar
B ketika
C hingga
D setelah

5 Encik Azmeer akan menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada minggu
hadapan ___________ bulan hadapan?
A dan
B lalu
C atau
D maka


PENJODOH BILANGAN

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayatayat
berikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 .Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu,. kata Mak Cik Salmah
kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan


AYAT SAMA MAKSUD
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.

1 Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah
jam sahaja.

A Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah
disiapkan oleh Diana.
B Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang
diarahkan oleh Cikgu Ali.
C Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat
disiapkan oleh Diana.
D Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan
oleh Diana.

2 Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.

A Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
B Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki dengan motosikal.
C Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

3 Zaman remaja merupakan satu tempoh kehidupan yang diselubungi oleh
harapan, cabaran dan ketegangan yang tertentu.

A Masalah ketegangan telah menyebabkan remaja tiada harapan dan
cabaran dalam kehidupan.
B Harapan, cabaran dan ketegangan merupakan masalah yang biasa dalam
tempoh kehidupan alam remaja.
C Remaja diselubungi cabaran dan harapan kerana ketegangan dalam
kehidupan.
D Zaman remaja mesti menghadapi pelbagai harapan dan cabaran yang
menyebabkan kerungsingan.

4 Akhlak yang baik merupakan manifestasi jiwa yang murni.

A Jiwa yang murni ialah gambaran perlakuan yang mulia .
B Jiwa yang murni sebati dengan akhlak yang sempurna.
C Kemurnian jiwa sentiasa bersama akhlak yang sempurna.
D Kemurnian jiwa tidak seiring dengan perlakuan yang sempurna.

5 Dalam era ledakan maklumat dan revolusi teknologi, keperluan untuk menuntut
ilmu sebanyak yang mungkin sudah menjadi begitu penting.

A Ilmu tidak sepenting ledakan maklumat untuk menjadi orang yang berjaya.
B Ilmu pengetahuan sangat penting dalam era ledakan maklumat dan
perubahan teknologi.
C Teknologi maklumat tidak terlalu mementingkan ilmu pengetahuan yang
banyak.
D Revolusi teknologi dan ledakan maklumat adalah sama dengan ilmu pengetahuan.



KATA GANDA

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.
A kisi-kisi
B orang-orang
C tupai-tupai
D layang-layang

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah
selesai ditayangkan.
A riuh-rendah
B gelap-gelita
C porak-peranda
D terang-benderang

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti
mewarna.
A comot-momot
B koyak-rabak
C serba-serbih
D compang-camping

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.
A hidup-hidup
B bulat-bulat
C betul-betul
D terang-benderang

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.
A bebola
B jejari
C dedaun
D kekabu


PERIBAHASA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah
kerana dia _______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2 Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak



PENGIMBUHAN

Isi tempat kosong dengan pekataan berimbuhan yang betul.
1 Semua murid dikehendaki __________________ di dewan sekolah.
A mengumpul
B berkumpul
C kumpulan
D dikumpul

2 Farah ialah anak __________________ dalam keluarganya.
A kedua
B berdua
C berduaan
D berdua-duaan

3 Budak itu __________________ ke dalam rumahnya.
A pelari
B berlari
C dilarikan
D melarikan

4 Daging itu _________________ oleh anjing.
A memakan
B termakan
C pemakan
D dimakan

5 Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam
kemalangan.
A penglibatan
B melibatkan
C terlibat
D dilibat


PENANDA WACANA

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1 Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah
letak.
A Justeru
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

2 Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
A lagipun
B mungkin
C akhirnya
D kemudian

3 Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
A Lagipun
B Mungkin
C Akhirnya
D Kemudian

4 Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa
dibatalkan.
A Jadi
B Justeru
C Mungkin
D Sebaliknya

5.  Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
A Selain itu
B Oleh sebab itu
C Namun demikian
D Biarpun demikian


KATA  BANYAK MAKNA

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

1.    I Cahaya hari ini hangat sekali.
      II Tidak lama lagi, abang akan memperoleh seorang cahaya mata.
     III Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
     IV Air muka Sara cahaya sekali setelah mendengar berita baik itu.

A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

2.    I Kawasan yang rendah itu selalu dilanda banjir.
      II Barang yang murah tidak semestinya bermutu rendah.
     III Harga kereta nasional lebih rendah daripada harga kereta import.
    IV Kebanyakan murid daripada kelas ini rendah dalam mata pelajaran Sains.

A II dan III
B III dan IV
C I,II dan III
D I,III dan IV

3    I Dia diminta bentang permaidani di ruang tamu.
     II Bentang yang ditarik oleh kerbau itu sudah reput.
    III Kertas kerja ini akan kami bentang pada petang ini.
    IV Penyakitnya bentang kerana mengingkari arahan doktor.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

4    I Kami sampai sejambak bunga kepada guru.
     II Paras banjir di Taman Tuna sudah sampai aras bahaya.
     III Kereta api dari Johor akan sampai pada pukul 8:00 malam.
     IV Sampai hari ini, dia masih belum memulangkan buku cerita itu.

A I dan III
B III dan IV
C I, II dan IV
D II,III dan IV

5   I Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.
    II Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
   III Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
   IV Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.

A I,II dan III
B I, II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SET 1

SULIT                                                                                                               012

Bahagian B

( Masa yang dicadangkan: 40 minit )
( 30 markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

  1. Aku dan kawan-kawan baru sahaja selesai menjalani latihan sukan. Semasa menunggu bas di sebuah perhentian bas, aku mendapati seorang wanita sedang berdiri sambil memegang beg tangannya.
Tiba-tiba …

Mulakan cerita kamu dengan :

Tiba-tiba …

 
ATAU


  1. Baru–baru ini kamu telah mengikuti majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti majlis tersebut.
           
 
ATAU


  1. Pada waktu rehat, kamu ternampak seorang rakan kamu sedang duduk termenung seorang diri  di kantin.

Tulis tindakan yang perlu kamu lakukan.


SET 1
KARANGAN CONTOH
SAMBUNG CERITA

Latihan contoh:

Aku dan kawan-kawan baru sahaja selesai menjalani latihan sukan. Semasa menunggu bas di sebuah perhentian bas, aku mendapati seorang wanita sedang berdiri sambil memgegang beg tangannya.
Tiba-tiba …

Mulakan cerita kamu dengan :

Tiba-tiba …


RANGKA KARANGAN


PERENGGAN 1
Pendahuluan :
Mulakan denga tiba-tiba ... ( kehendak soalan )



PERENGGAN 2
 Isi 1 :
 Tindakan yang dilakukan
-          mengejar peragut
-          hilang daripada pandangan
-          tidak berputus asa
-          terus mencari


PERENGGAN 3
Isi 2 :
Tindakan seterusnya
-          kereta polis tiba
-          anggota polis menghampiri aku
-          menerangkan – mangsa ragut – menelefon polis
-          memberitahu – peragut – kawasan semak
PERENGGAN 4
Isi 3 :
Tindakan selanjutnya
-          dibawa ke balai polis
-          membuat laporan
-          pesalah ditangkap
-          ditahan ke dalam lokap

PERENGGAN 5
penutup :
-          kesudahan cerita
-          nilai
-          perasaan
 

KARANGAN CONTOH


Tiba-tiba, seorang pemuda menghampiri pemuda tersebut. Pemuda tersebut terus menarik beg tangan wanita. Wanita itu terjatuh dan pemuda itu terus melarikan diri. Kami terkejut dengan  kejadian itu.

            Tanpa membuang masa, aku terus mengejar pemuda tersebut sambil menjerit meminta tolong. Pemuda tersebut berlari dengan lebih pantas daripada aku. Akhirnya, pemuda itu hilang daripda pandangan. Aku tidak berputus asa. Aku terus mencari di kawasan berkenaan.

            Tiba-tiba sebuah kereta polis berhenti di tepi jalan. Dua orang anggota polis menghampiri aku. Mereka memberitahu aku bahawa wanita yang diragut tadi telah menelefon pihak polis. Aku memberitahu bahawa peragut itu mungkin berada di dalam kawasan semak.

            Anggota polis tersebut, terus mencari di sekitar kawasan yang aku tunjukkan itu. Tidak lama kemudian aku dibawa ke balai polis. Wanita tersebut juga berada di balai polis itu. Wanita itu mengucapkan terima kasih kerana keprihatinanku terhadapnya. Kemudian aku diminta untuk membuat laporan.

            Lebih kurang setengah jam kemudian, pihak polis tiba bersama-sama dengan seorang pemuda. Wanita itu mengenali pemuda tersebut. Wanita tersebut memaklumkan bahawa pemuda tersebutlah yang meragut beg tangannya.


            Setelah selesai membuat laporan, lelaki tersebut telah dimasukkan ke dalam lokap. Pihak polis pula memulangkan semula beg tangan wanita tersebut. Wanita tersebut juga mengucapkan terima kasih kepada aku.
           ------------------------------------------------------------------------------------------------
SKEMA JAWAPAN

SET 1

KARANGAN CONTOH
KEPERIHALAN

Baru–baru ini kamu telah mengikuti majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti majlis tersebut.


Rangka Karangan


Pendahuluan                       -           Tarikh sambutan dan tujuan sambutan
Isi           1                   -           Majlis bermula – ucapan daripada Pengerusi  
                                               Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Isi          2                    -           Upacara menanam anak pokok sebagai simbolik
Isi          3                    -           Persembahan guru dan murid
Isi          4                    -           Sukaneka

Penutup (HP)           -           majlis bersurai

KARANGAN CONTOH

           
Pada 16 Mei baru-baru ini, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Hari Guru diadakan untuk memberi penghargaan kepada guru-guru atas jasa mereka.

            Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Beliau mengingatkan murid-murid agar tidak melupakan segala bakti yang telah dicurahkan oleh guru.

            Seterusnya program disusuli dengan upacara menanam anak pokok oleh guru besar sebagai simbolik kepada tugas guru yang merupakan penjaga dan pendidik, pengasuh dan pembentuk jiwa murid.  

            Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian koir oleh guru-guru dan diikuti dengan persembahan yang menarik daripada murid-murid. Persembahan yang paling menarik ialah acara berbalas pantun antara guru dengan murid.

            Sukaneka juga telah diadakan antara pasukan guru dengan murid dalam permainan bola sepak, bola baling dan badminton. Pasukan guru memenangi kesemua pertandingan tersebut.

            Jamuan makan tengah hari menutup tirai sambutan Hari Guru kali ini. Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada guru masing-masing yang telah banyak berbakti kepada mereka. Harapan agar majlis seumpama ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.


SET 1

KARANGAN CONTOH
TINDAKAN

Pada waktu rehat, kamu ternampak seorang rakan kamu sedang duduk termenung seorang diri  di kantin.

Tulis tindakan yang perlu kamu lakukan.



RANGKA KARANGAN


Pendahuluan           -           Gunakan ayat sendiri daripada pemahaman kamu                                                      berdasarkan soalan.

Isi 1                 -           menghampiri rakan
                        -           kenal pasti masalah – duit hilang
Isi 2                 -           cadangan : lapor kepada guru tentang kehilangan wang
Isi 3                 -           berikan makanan dan minuman
                        -           gembira kerana telah dibantu
Isi 4                 -           bantu cari wang yang hilang di merata tempat
                        -           tidak berjaya (wang tidak dijumpai)
                        -           guru memulangkan wang yang telah dijumpai

Penutup        -           ucap terima kasih
                        -           bangga dapat bantu rakan


 
KARANGAN CONTOH

                                                 
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Murid-murid beratur untuk membeli makanan dan minuman.Saya dan rakan-rakannya sedang mencari tempat untuk duduk.

            Pada waktu rehat, saya ternampak seorang rakan saya iaitu Abu, sedang duduk termenung seorang diri di kantin. Saya berasa sangat hairan.

           
            Saya menghampiri Abu lalu bertanya, “Mengapakah kamu termenung?” Abu memberitahu bahawa duitnya telah hilang.Saya mencadangkan supaya Abu melaporkan hal tersebut kepada guru bertugas. Abu bersetuju dengan cadangan saya itu. Kami pun  melaporkan hal tersebut kepada guru bertugas.

            Saya juga memberikan sedikit makanan dan minuman kepada Abu kerana Abu belum makan. Abu berasa sangat gembira kerana saya telah menolongnya.

            Selepas makan saya membantu Abu mencari wang yang hilang itu. Namun tidak berjaya. Selepas rehat guru bertugas memanggil Abu lalu memulangkan wangnya yang telah ditemukan.

            Abu mengucapkan terima kasih kepada guru. Selepas itu, Abu menemui saya lalu mengucapkan terima kasih. Saya berasa bangga dapat membantu Abu.




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 SET 2


SULIT                                                                                                               012


Bahagian B

( Masa yang dicadangkan: 40 minit )
( 30 markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

  1. Semasa aku pulang dari kedai, tiba-tiba aku ternampak ...

Mulakan cerita kamu dengan :

Tiba-tiba aku ternampak …

 
ATAU


  1. Baru–baru ini kamu telah mengikuti majlis sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah.

Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti majlis tersebut.
           
 
ATAU


  1. Kamu sedang bermain di padang sekolah. Tiba – tiba kamu terlihat seorang murid sedang menangis di bawah pokok.

Tulis tindakan yang perlu  kamu lakukan. 
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SET  3


Bahagian B
 [ Masa dicadangkan : 40 minit ]
( 30 markah )


 Pilih satu  daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang       
 panjangnya  tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

                                                                                                                                             

1      Pada waktu rehat, kamu dan beberapa orang rakan kamu sedang makan di kantin.
      Tiba-tiba ...

Mulakan cerita kamu dengan:

Tiba-tiba ...


                                                   
ATAU


2     Kamu baru pulang dari sekolah. Tiba sahaja di rumah kamu terus membuka pintu. Kamu terkejut apabila melihat ibu kamu terbaring di ruang tamu.  

Nyatakan tindakan - tindakan yang akan kamu lakukan.



 ATAU



3     Sekolah kamu telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

Ceritakan suasana aktiviti gotong - royong tersebut.

  --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


1 ulasan: