bbb

Jumaat, 23 November 2012

PROFIL

                   
NAMA            : ZAITON BINTI EMBONG 
NO. ID            : D20112054538
GROUP          : EL-P02            
PENSYARAH :  EN. SYAHRIZAL B. SHAFIE
TUGASAN     : KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH    
                           RENDAH

**********************************************************************

SEKAPUR SIRIH

Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.




Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menulis dan berkongsi idea dengan kawan-kawan mengenai tugasan blog P&P kita. Tajuk Pembangunan Blog yang saya hasilkan berkisar tentang keluarga. Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita. Di dalam topik keluarga, saya ingin mengupas mengenai beberapa tajuk sebagai memenuhi sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat dalam unit satu. Topik yang akan kita bincangkan termasuklah,  Keluarga Bahagia,Hargai Pengorbanan Ibu Bapa,Ibu,Membantu amalan terpuji dan tajuk-tajuk yang sesuai dengan tajuk yang dibincangkan. Saya berharap tajuk ini dapat membantu anda semua mendapat sedikit info berguna sebagai tatapan atau renungan dalam kehidupan harian. 

       Blog ini dibangunkan untuk memenuhi keperluan kursus KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah untuk Program Pengsiswazahan Guru PJJ. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan blog ini, khususnya kepada Tutor e-Learning saya iaitu En.Syahrizal, pihak PKG yang membantu, suami tercinta dan permata hati.

        Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi berkunjung ke blog saya. Saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan tuan/puan ke laman blog saya sebagai perkongsian idea dan memacu minda ke arah kecemerlangan bersama.   Sekian, terima kasih.

**************************************************************************************


MENGENAIKU.......




           Dilahirkan pada 5 Julai 1973 di Dungun,Terengganu. Mendapat pendidikan rendah di SK Sura (1980 – 1985)  dan pendidikan menengah di SM Tengku Intan Zaharah, Dungun (1986 – 1992).  Seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (1994-1996) dengan opsyen PSR Pengajian Melayu.  Mula bertugas di sekolah pertama (posting) di SK Bukit Besi, Dungun pada tahun 1997.  Mendirikan rumah tangga pada tahun 1997 dan dikurniakan lima orang cahaya mata. Bertukar di SK Kebun Sireh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas itu. Kini bertugas di SK Seri Tasek (2001 hingga sekarang). Mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat . Memegang jawatan Guru Perpustakaan Media dan pernah mendapat johan Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri Pulau Pinang tahun 2009 di SKST. 

****************************************************************************************


SK SERI TASEK
Peta ke lokasi SKST
Bersama Pengawas Pusat Sumber SKST 2012





Bersama Guru-guru di SKST
*****************************************************************************************************

TUGASAN KRT3013 

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012
Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:




KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan komen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30