RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
Tahun : 4 Maju
Bilangan Murid : 35 orang
Masa : 8.40 pg – 9.10 pg (30 minit)
Tema : Keluargaku Sayang
Tajuk : Keluarga Bahagia
Fokus Utama : 1.1
Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian
dengan
menggunakan kata-kata ungkapan, ayat, sebutan,intonasi
dan
nada yang sesuai.
Aras 1
(i) Berbual tentang sesuatu perkara
yang dialami atau yang
dilihat atau yang dibaca.
Fokus Sampungan :
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi
dengan sebutan dan itonasi
yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan
sastera dengan
intonasi
yang betul.
Objektif :
Pada
akhir pelajaran murid dapat:
1. Berbual tentang cara-cara mewujudkan
keluarga bahagia.
2. Membaca lancar teks “Keluarga Bahagia” dengan intonasi yang betul.
3. Menulis lima ayat berdasarkan topik
yang diberikan.
Sistem Bahasa : Kata Kerja
Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan
2. Nilai – kasih sayang, hormat
–menghormati, bekerjasama dan
tolong-menolong dan menghargai jasa.
Kemahiran Bernilai
Tambah:
1.
Kemahiran
berfikir – menjana idea
2.
Kecerdasan
pelbagai – muzik/ interpersonal
3.
Kontekstual
– pengalaman sedia ada
Alat
Bantu Mengajar :
1.
Video
“Lagu Kelaurga Bahagia – Saujana”
2.
Teks
cerita “Kelaurga Bahagia”
3.
Komputer
4.
LCD
5.
Carta
gambar keluarga
6.
Lembaran
kerja
Pengetahuan
Sedia Ada :
1.
Murid
mampu bercerita tentang keluarga mereka
2.
Murid
telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.
Langkah
/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
Mencungkil idea
(2 minit)
|
Tema: Pengalaman Keluargaku Sayang
|
1.Guru menunjukkan gambar keluarga.
2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut
3. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk ”Keluarga
Bahagia”.
|
1.Murid melihat gambar yang ditunjukkan.
2. Murid memberi pandangan tentang gambar tersebut.
|
BBM- Carta
gambar keluarga
KBKK-menjana idea dan kontekstual
Teknik: Persoalan seluruh kelas
|
Langkah 1 Menstruktur
Semula idea
(7 minit)
|
Tajuk:
Keluarga Bahagia
|
1.Guru meminta murid membaca teks ”Keluarga bahagia”
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu dan kelas.
2.Guru bersoaljawab tentang isi dalam teks.
|
1.Murid membaca kuat
teks “Keluarga Bahagia” secara individu dan kelas.
2.Murid bersoaljawab tentang petikan.
|
Kemahiran membaca
BBM: Teks bacaan
KBT: Menjana
idea
Rujuk Lampiran 3
|
Langkah 2
(8 minit) Aplikasi idea
Video Lagu ”Keluarga Bahagia”
|
Keluarga Bahagia
Adab seorang anak:
1menghormati
2.mendengar nasihat
3.Belajar bersungguh-sungguh
4.bantu-membantu
5.membalas jasa
6.mendoakan mereka
7.menyayangi
|
1.Guru menayangkan video lagu ”Keluarga Bahagia”
2. Guru meminta
murid secara berpasangan berbincang
tentang bagaimana adab seorang anak terhadap ibu bapa.
2.Guru memilih murid secara rawak untuk membentangkan hasil perbincangan.
|
1.Murid mendengar sambil menyanyi bersama-sama.
2.Murid berbincang secara berpasangan mengenai adab seorang anak terhadap ibu
bapa.
3.Murid membentangkan hasil perbincangan.
|
Kemahiran berfikir & kemahiran lisan
Nilai :
Kasih sayang,
bekerjasama, hormat-menghormati,menghargai jasa.
BBM : Komputer, LCD
KBT:
Kecerdasan
pelbagai-muzik Menjana idea
|
Langkah 3
Aplikasi idea
(10 minit)
|
Keluarga Bahagia
-Menulis lima ayat berdasarkan gambar tunggal
Kata kerja:
meminum
memasak
mencuci
menyusun
menyimpan
|
1.Guru bersoaljawab mengenai gambar dalam lembaran
kerja.
2.Guru meminta murid menulis lima ayat berdasarkan gambar.
|
1.Murid menyenaraikan kata kerja dalam gambar.
2.Murid menulis lima ayat dalam lembaran kerja.
|
Tatabahasa: Kata kerja
Panilaian menilai
BBM:
Lembaran kerja,
tayangan slaid
KBT: menjana idea
Rujuk Lampiran 2
|
Penutup/
Refleksi
(3 minit)
|
|
Guru meminta murid menyanyi lagu ”Keluarga Bahagia”
sekali lagi.
2.Guru merumuskan isi pelajaran dan menyenaraikan nilai
murni.
|
1.Murid menyanyi lagu bersama-sama.2.Murid menyebut pengajaran dan nilai murni yang dipelajari. |
Strategi:Persoalan keseluruhan kelas. |
GAMBAR KELUARGA BAHAGIA
........................................................................................................................................................................................
LAMPIRAN
2
Lirik Lagu Keluarga Bahagia – Saujana
Sedamai taman firdausiLimpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani
Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang
Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan
Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah
Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia
.....................................................................................................................................................................................................................
LAMPIRAN
3
Tulis
lima ayat berpandukan gambar di bawah.
________________________________________________________________
2._______________________________________________________________
________________________________________________________________
3._______________________________________________________________
________________________________________________________________
4._______________________________________________________________
________________________________________________________________
5._______________________________________________________________
________________________________________________________________
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan