1. Budak-budak nakal itu saling tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan
sendiri. (salah)
Budak-budak nakal itu tuduh-menuduh dan tidak mahu mengakui kesalahan sendiri.
(betul)
{Gugurkan perkataan saling
sebab tuduh-menuduh
adalah kata ganda yang membawa maksud saling}
|
2. Penduduk Kampung Sentosa saling bantu-membantu menguruskan majlis kenduri
kahwin itu. (salah)
Penduduk Kampung Sentosa saling membantu menguruskan majlis kenduri kahwin itu.
(betul)
{Perkataan saling boleh digunakan tetapi tidak boleh dipadankan dengan kata ganda maksud
saling}
|
3. Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperisa coklat di pasar tani pagi tadi. (salah)
Puan Kamariah Hamzah membeli sebiji kek berperasa coklat di pasar tani pagi tadi. (betul)
{Perkataan perisa membawa maksud enak/sedap, perasa pula membawa
maksud rasa seakan-akan}
|
4. Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang ramai di seluruh pelosok negara. (salah)
Siti Nurhaliza mempunyai peminat yang banyak di seluruh pelosok negara. (betul)
{Jika merujuk kepada bilangan/kuantiti, penggunaan
perkataan banyak adalah lebih tepat dan gramatis}
|
5. Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu. (salah)
Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu. (betul)
{Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng}
|
6. Encik Mutusamy bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun lamanya.
(salah)
Encik Mutusamy bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sudah hampir dua puluh tahun
lamanya.
(betul)
{Hukum D-M yang betul, estet mini sebab yang diterang ialah estet dan yang menerang ialah mini}
|
7. Kedua-dua pengantin itu berseri-seri semasa
bersanding di atas pelamin. (salah)
Kedua-dua orang pengantin itu
berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. (betul)
{Kata bilangan ‘kedua-dua‘ di dalam ayat mesti diiringi dengan penjodoh
bilangan yang sesuai, iaitu ‘orang’}
|
8. Seekor lembaga putih pernah dilihat oleh orang
kampung di teratak usang itu. (salah)
Satu lembaga putih pernah dilihat oleh orang
kampung di teratak usang itu. (betul)
{Bagi benda yang tidak nyata/jelas, penjodoh bilangan tidak
boleh digunakan, guna kata bilangan sahaja}
|
9. Bapa Khamarrul Efenddi adalah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan.
(salah)
Bapa Khamarrul Efenddi ialah Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Seri Setia, Teluk Intan.
(betul)
{‘Ialah’ – Kata pemeri yang menghubungkan benda (subjek) dengan cerita (predikat) dalam ayat}
|
10. Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu ialah rekaan semata-mata.
(salah)
Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes pecah amanah itu adalah rekaan semata-mata.
(betul)
{“Adalah” – Kata pemeri
yang menghuraikan lebih lanjut
tentang benda (subjek) yang disebut
sebelumnya}
|
11. “Masukkan sedikit cili sos ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak. (salah)
“Masukkan sedikit sos cili ke dalam masakan itu,” kata ibu kepada kakak. (betul)
{Hukum D-M yang betul ialah sos cili kerana yang diterang ialah sos dan yang menerang ialah cili}
|
12. Cik Azura membeli sehelai mini telekung yang bersulamkan benang emas di
pasar malam.
(salah)
Cik Azura membeli sehelai telekung mini yang bersulamkan benang emas di
pasar malam.
(betul)
{Hukum D-M yang betul ialah telekung mini kerana yang diterang ialah telekung dan yang menerang ialah mini}
|
13. Mak Cik Mariam menghidangkan
tetamunya sepinggan kuih seri muka. (salah)
Mak Cik Mariam menghidangi
tetamunya sepinggan kuih seri muka. (betul)
{Imbuhan apitan “meng ... i” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada manusia sahaja}
|
PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU
|
14. Encik Abdul Razak menghadiahi cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (salah)
Encik Abdul Razak menghadiahkan cincin bertatahkan berlian kepada bakal isterinya. (betul)
{Imbuhan apitan “meng ... kan” - cerita (predikat) dalam ayat itu mesti merujuk kepada benda atau binatang}
|
15. Mereka masih membincangkan tentang masalah keruntuhan moral para remaja. (salah)
Mereka masih membincangkan masalah keruntuhan moral para remaja. (betul)
{Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan “mem
... kan” sudah membawa maksud tentang}
|
16. Pekebun kecil masih membincangkan tentang
harga kelapa sawit yang tidak menentu. (salah)
Pekebun kecil masih membincangkan harga kelapa sawit yang tidak menentu. (betul)
{Gugurkan perkataan tentang sebab imbuhan apitan “mem
... kan” sudah membawa maksud tentang}
|
17. Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan merbahaya itu. (salah)
Berhati-hati memandu kenderaan di selekoh yang tajam dan berbahaya itu. (betul)
{Tidak ada imbuhan awalan ‘mer-‘ dalam tatabahasa Melayu, bukan merbahaya tetapi berbahaya}
|
18. Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperolehi Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya. (salah)
Kejayaan gemilang dalam UPSR yang diperoleh Abdul Mutalib kerana usaha gigihnya. (betul)
{Apitan ‘diper ... i’ – hanya kepada empat perkataan; diperisteri, dipersuami, diperkawani dan diperingati}
{Awalan
‘diper-’ – ialah awalan yang membentuk kata kerja ayat pasif, selain empat perkataan di atas}
|
19. Adik terlalu sayangkan
kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (salah)
Adik terlalu sayang akan kucing siam itu sehingga dibawanya tidur bersama-sama. (betul)
{Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran “-kan”, sepatutnya akan}
|
20. Emak marahkan
adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (salah)
Emak marah akan adik kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh cikgunya. (betul)
{Kata yang ada unsur emosi/perasaan tidak boleh disisipkan imbuhan akhiran “-kan”, sepatutnya akan}
|
21. Setengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa
dengan baik. (salah)
Sesetengah murid tidak tahu membahagi-bahagikan masa
dengan baik. (betul)
{Setengah membawa maksud satu perdua, sesetengah pula membawa
maksud sebahagian daripada}
|
22. Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama
dua setengah jam. (salah)
Muhammad Zunaidi menunggu kawannya di Stesen Bas Banting selama
dua jam setengah. (betul)
{Dua setengah jam merujuk kepada bilangan jam, dua jam setengah merujuk kepada waktu, 2 jam 30 minit}
|
23. Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat
bulanan PIBG kali ini. (salah)
Perkara-perkara lain
turut dibincangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG kali ini. (betul)
{Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, perkara-perkara pula membawa
maksud banyak perkara}
|
24. Lain-lain hal yang menyentuh agama, ras, dan budaya
tidak perlu diperdebatkan. (salah)
Hal-hal lain yang menyentuh agama,
ras, dan budaya tidak perlu diperdebatkan. (betul)
{Lain-lain membawa maksud banyak yang lain, hal-hal pula membawa
maksud banyak hal}
|
25. Satu rampasan mercun terbesar telah dilakukan oleh pasukan kastam Kelantan pagi tadi.
(salah)
Satu rampasan terbesar mercun
telah dilakukan oleh pasukan kastam Kelantan pagi tadi.
(betul)
{Mercun terbesar merujuk kepada mercun yang besar, rampasan terbesar merujuk kepada banyak rampasan}
|
26. Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini
dikepilkan sesalinan sijil kelahiran.
(salah)
Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini dikepilkan sesalinan
sijil kelahiran. (betul)
{Perkataan ‘merujuk’ dalam ayat membawa maksud kepada secara tersirat, tidak perlu merujuk kepada}
|
27. Encik Amiruddin menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak dari pukul 10.00 pagi.
(salah)
Encik Amiruddin menunggu anaknya di Stesen Bas Teluk Intan sejak pukul 10.00 pagi. (betul)
{Gugurkan perkataan ‘dari’ kerana kedua-duanya ‘sejak’ dan ‘dari’ adalah kata sendi yang sama maksud}
|
28. “Semenjak dari
hari itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif. (salah)
“Semenjak hari
itu, dia tidak pernah lagi datang ke sini,” kata Haikal kepada Alif. (betul)
{Gugurkan perkataan ‘dari’ kerana perkataan ‘semenjak’ dan ‘dari’ adalah kata sendi yang sama maksud}
|
PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU
|
2
|
29. Para pekerja sedang memperlebarkan jalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor.
(salah)
Para pekerja sedang memperlebar jalan utama dari Kelang menuju ke Kuala Selangor. (betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}
|
30. Datin Suraya bercadang memperluaskan perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (salah)
Datin Suraya bercadang memperluas perniagaannya ke Sabah dan Sarawak. (betul)
{Apitan “memper ... kan” menerima kata nama dan kata kerja, awalan “memper-“ menerima kata adjektif}
|
31. “Yang kekal cuma Allah sahaja,” kata Ustaz Muhammad Ishak kepada anak
murid-muridnya.
(salah)
“Yang kekal cuma Allah,”
kata Ustaz Muhammad Ishak kepada anak murid-muridnya. (betul)
{Penggunaan kata penegas “cuma” dan “sahaja” tidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}
|
32. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. (salah)
Pertandingan mencari harta karun itu terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. (betul)
{Penggunaan kata penegas “hanya” dan “sahaja” tidak tepat, kedua-duanya membawa maksud yang sama}
|
33. Siapakah yang suka membuang sampah sarap di kawasan
yang lapang ini. (salah)
Siapatah yang suka membuang sampah sarap di kawasan yang
lapang ini. (betul)
{Kata penegas (partikel) -tah digunakan untuk menegaskan ayat penyata dan menyatakan situasi tidak sabar}
{Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}
|
34. Bilatah agaknya pemuda itu akan melangsaikan
hutang-hutang lapuknya itu? (salah)
Bilakah agaknya pemuda itu akan melangsaikan
hutang-hutang lapuknya itu? (betul)
{Kata penegas (partikel) -kah digunakan untuk menegaskan ayat tanya dan menegaskan ayat seruan}
{Kata penegas (partikel) -kah, -lah, dan -tah digunakan untuk menegaskan frasa predikat (cerita) sahaja}
|
35. Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas pandangan guru-gurunya. (salah)
Guru Besar merakamkan ucapan terima kasih atas pandangan guru-gurunya. (betul)
{Di atas merujuk sesuatu
yang mengisi ruang/tempat, atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek}
|
36. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Md. Ramli. (salah)
Cara Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Md. Ramli. (betul)
{Atas merujuk perkara yang tidak boleh disentuh/abstrek, di atas merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}
|
37. Komputer “note-book” yang baru itu tersimpan dalam almari besi di bilik Guru Besar. (salah)
Komputer “note-book” yang baru itu tersimpan di dalam almari besi di bilik Guru Besar. (betul)
{Dalam merujuk perkara yang tidak nyata/abstrek, di
dalam merujuk sesuatu yang mengisi ruang/tempat}
|
38. Di antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna
dan melukis poster. (salah)
Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna
dan melukis poster. (betul)
{Di antara merujuk kedudukan/tempat atau lokasi, antara pula merujuk sebahagian daripada/beberapa}
|
39. Emak mengkhaskan
lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (salah)
Emak mengekhaskan lauk
untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. (betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}
|
40. Pekerja Hotel Seri Malaysia itu sedang menglap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut.
(salah)
Pekerja Hotel Seri Malaysia itu sedang mengelap lantai mozek di dewan utama hotel tersebut.
(betul)
{Perkataan yang terbentuk hanya daripada satu suku kata mesti menerima imbuhan awalan menge-}
|
41. Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johor daripada utara Selat Melaka.
(salah)
Kapal dagang itu masuk ke pelabuhan Pasir Gudang, Johor dari utara Selat Melaka. (betul)
{Dari untuk menyatakan waktu
atau masa, tempat, dan arah}
{Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia,
haiwan, benda, atau unsur abstrek}
{Daripada untuk menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda}
{Daripada untuk menyatakan perbezaan atau
perbandingan}
|
42. Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri dari ditimpa malapetaka. (salah)
Berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan diri daripada ditimpa malapetaka.
(betul)
{Dari untuk menyatakan waktu
atau masa, tempat, dan arah}
{Daripada untuk menyatakan punca bagi manusia,
haiwan, benda, atau unsur abstrek}
{Daripada untuk menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda}
{Daripada untuk menyatakan perbezaan atau
perbandingan}
|
PEMANTAPAN TATABAHASA, BAHASA MELAYU
|
3
|
43. Di zaman ini, kereta sudah menjadi satu
daripada keperluan harian manusia. (salah)
Pada zaman ini, kereta sudah menjadi satu
daripada keperluan harian manusia. (betul)
{Di untuk menyatakan tempat sahaja} manakala {Pada untuk menyatakan waktu atau masa}
{Pada untuk merujuk manusia dan haiwan apabila didahului perkataan “ada” – Radio itu ada pada Rahim}
{Pada untuk menunjukkan tempat bagi perbutan sesuatu kata kerja – Gantungkan jam itu pada dinding}
{Pada digunakan dalam bentuk ungkapan seperti pada saya, pada pendapatnya, dan pada pandangan saya}
|
44. Cik Nur Haryati Alias memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu di dalam almari.
(salah)
Cik Nur Haryati Alias memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu ke dalam almari.
(betul)
{Kata sendi “di” untuk menyatakan tempat, manakala kata sendi “ke” untuk menunjukkan tempat atau arah}
|
45. Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan
kamu campur tangan. (salah)
Apa-apa pun yang terjadi dalam
keluarganya, jangan kamu campur tangan. (betul)
{Kata ganti nama tak tentu “apa-apa” bagi mengantikan benda, orang, masa, tempat, dan hal tidak khusus}
{Contoh kata ganti nama tak
tentu - apa-apa, siapa-siapa atau sesiapa, mana-mana, dan bila-bila}
{Kata tanya - apa, siapa, mana, bila berbeza maksudnya daripada apa-apa, siapa-siapa, mana-mana, bila-bila}
|
46. Siapa yang melanggar peraturan sekolah akan
dikenakan denda dan tindakan disiplin. (salah)
Siapa-siapa yang melanggar peraturan
sekolah akan dikenakan denda dan tindakan disiplin.
(betul)
{Siapa ialah kata tanya dan salah penggunaan, siapa-siapa ialah kata ganti nama tak tentu betul penggunaan}
|
47. {Rumah banglo itu terbesar sekali – salah} {Rumah banglo itu terbesar – betul}.
{Kata adjektif daripada binaan “ter-“ apabila bertemu kata adjektif tidak perlu diikuti oleh sekali}
|
48. {Budak itu amat pandai sekali – betul} {Pokok itu sangat besar sekali – betul}.
{Kata penguat amat / sungguh / sangat apabila bertemu kata adjektif boleh diikuti kata penguat sekali}
|
49. {Cat air ini untuk
kegunaan adiknya – betul} {Cat air ini bagi kegunaan adiknya – betul}.
{Pengunaan “untuk” dan “bagi” - boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}
|
50. {Baju kurung ini untuk
kakak saya – betul} {Baju kurung ini bagi kakak saya – salah}.
{Pengunaan “untuk” dan “bagi” - boleh bertukar ganti tetapi ada yang tidak boleh ditukar ganti, seperti di atas}
|
51. Peninju veteran itu berhasrat untuk bersara
daripada arena sukan lasak tersebut. (salah)
Petinju veteran itu berhasrat
untuk bersara daripada arena sukan lasak tersebut. (betul)
{“Peninju” membawa maksud tinju atau penumbuk, “Petinju” pula bermaksud orang yang berlawan tinju}
|
52. Sudah tiga hari Ahmad Nazrul Affendy tidak hadir ke sekolah kerana dia
deman selsema.
(salah)
Sudah tiga hari Ahmad Nazrul Affendy tidak hadir ke
sekolah kerana dia deman selesema.
(betul)
{Perkataan di atas sering disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya mengikut kamus
dewan ialah selesema}
|
53. Emak membeli empat keping murtabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam. (salah)
Emak membeli empat keping martabak ayam di Bazar Ramadhan petang semalam. (betul)
{Perkataan di atas selalu disalah ejakan, ejaan yang sebenarnya ialah martabak bukan murtabak/mertabak}
|
54. Kawasan pendalaman
itu akan dimajukan oleh Kerajaan Negeri Perak menjelang tahun
2005. (salah)
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan oleh Kerajaan Negeri Perak menjelang tahun
2005. (betul)
{“Pendalaman” merujuk perihal mendalamkan, “Pedalaman” pula merujuk daerah yang jauh atau terpencil}
|
55. Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur
ayam separuh masak dengan madu lebah asli.
(salah)
Setiap pagi ayah bersarapan dua biji telur ayam masak separuh dengan madu lebah asli.
(betul)
{“Telur ayam separuh masak” merujuk separuh bahagian
telur tersebut, “masak
separuh” pula merujuk setengah masak}
|
56. Buku novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi masa kini itu
dibaca oleh saya.
(salah)
Buku novel yang mengisahkan pergeseran hidup muda mudi
masa kini itu dibaca oleh dia.
(betul)
{Kata sendi “oleh” hanya menerima kata ganti nama diri ketiga
sebagai pelengkap ayat, contohnya; ia, nya, dia, beliau, mereka}
|
57. Makanlah ikan kerana ia
mengandungi banyak protein dan baik untuk kesihatan kita. (salah)
{Kata ganti nama diri ketiga “ia” digunakan dalam ayat untuk/merujuk manusia sahaja. Salah, jika digunakan
untuk benda
atau haiwan} |
58. Abdul Rahman tidak datang ke sekolah semalam kerana ianya mengalami demam
selesema. (salah)
Abdul Rahman tidak datang ke sekolah semalam kerana ia/dia mengalami demam
selesema. (betul)
{Penggunaan “ianya” dalam ayat salah kerana “ia” dan “nya” merupakan kata ganti
nama diri ketiga dan tidak bolah dijamakkan}
|
KESALAHAN UMUM TATABAHASA
1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau
kanak-kanak dan binatang. Contoh:
- Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. (
salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. (
salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
- Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
- Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
- Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
- Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan
kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
- “Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( salah )
- “Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. ( betul )
- “Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( salah )
- “Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. ( betul )
- Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
- Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
- Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
- Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
- Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
- Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
- Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
- Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
- Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
- Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:- Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
- Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
- Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
- Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
- Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
- Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
- Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
- Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk
penghitungan.
- dua setengah meter ( salah )
- dua suku jam ( salah )
- tiga setengah ringgit ( salah )
- dua meter setengah ( betul )
- dua jam suku ( betul )
- tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
|
BETUL
|
setiap orang murid
semua orang pekerja
seluruh buah kampung
segala ekor binatang
sekalian orang peserta
para orang guru
|
setiap murid
semua pekerja
seluruh kampung
segala binatang
sekalian peserta
para guru
|
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
|
BETUL
|
beberapa buah usul kedua-dua bentuk sifat setiap buah sumbangan semua buah pendapat segala butir cadangan tiap-tiap bentuk kenangan pelbagai bentuk teguran |
beberapa usul kedua-dua sifat setiap sumbangan semua pendapat segala cadangan tiap-tiap kenangan pelbagai teguran |
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada;ke dan kepada .
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk
orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan
keanggotaan.
SALAH
|
BETUL
|
Devi datang daripada
Batu Kurau. Saya menunggu Yatie daripada pukul dua. Ely terima surat dari Elyas Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup |
Devi datang dari
Batu Kurau. Saya menunggu Yatie dari pukul dua. Ely menerima surat daripada Elyas. Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca. Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera. Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup. |
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa.
Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata Kerja
1. Ada dua jenis kata kerja:a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
- kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
- kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
- kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
- kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
- kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
- Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
berawalan men-
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya
dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Hafizuddin memberikan
Seha sekuntum bunga. Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak. Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara. Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping. Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar. |
Hafizuddin memberi Seha
sekuntum bunga. Hanim mengambilkan Ishak segelas air. Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran. Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara. Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping. Yatie menasihati saya agar rajin belajar. |
- Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
- Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
- Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
- Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
- Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
- Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
awalannya. Contoh:
- tanya kepada Hamidah ( salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina ( salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata Hubung
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:- Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
- Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
- Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja…. tetapi juga dan sebaginya.
cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak
orang yang tidak peduli.
3. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu
merupakan kata tanya.
Contoh:
· Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1. adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapanya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang,
benda dan perbuatan.
SALAH
|
BETUL
|
Apakah benar kata-katamu itu? Apakah dia menangis? Apakah aku bersalah? |
Adakah benar kata-katamu itu? Adakah dia menangis? Adakah aku bersalah? |
keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau
kemampuan.
SALAH
|
BETUL
|
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
|
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.
|
- Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif
- itu diperluas. Contoh:
Kakak tidak mahu
tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu. Saya ingin bertemu gadis itu. Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. |
Kamu mesti ingat
akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu. Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. |
Frasa Kerja Transitif
- Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif
- serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
- Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata
- lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
|
BETUL
|
Beliau turut menyentuh
tentang perkata itu. Nora tidak mengetahui akan hal itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Mereka melebarkan lagi jalan itu. Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. |
Beliau turut menyentuh
perkara itu. Nora tidak mengetahui hal itu. Kami membincangkan masalah itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi. Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah. |
AAAAAAAAA THANK YOU SO MUCH NAK EXAM DAH NI NASIB JUMPA THANK YOUUUUU MEMBANTU SUMPAHHHH
BalasPadam-IZZBAD21-