Melati
kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Salam muhibah pembuka bicara.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Salam muhibah pembuka bicara.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
“Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan
kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara. “
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Mungkin ada orang menyuarakan soalan mengapa keluarga bahagia penting.Ini disebabkan secara sedar atau tidak setiap orang mempunyai jawapan tersendiri.Keluarga bahagia yang menjadi impian setiap orang adalah merupakan tapak pertama dan utama kearah membentuk sahsiah anak -anak dan ahli keluarga yang lainnya. Rumah tangga yang bahagia adalah menjadi tapak semaian yang paling subur dan enak segar. Buah-buah ini akan menjadi ranum yg sentiasa sedia untuk dihidang kan dan dijamukan. Perkara yg sama juga berlaku kepada institusi keluarga. Keluarga bahagia yg sentiasa dihiasai dengan suasana perkitaran dan kemesraan akan memantapkan kesuburan jasad, akal dan roh anak -anak yang semakin membesar. Suasana kasih sayang yang diwujudkan dengan sendirinya akan menjadi alat rangsangan yang akan merangsang pertumbuhan anak-anak. .
Suasana kebahagiaan yg terpancar melalui cara kehidupan yang bersendikan kepada gagasan kesalingan saling memahami,saling membantu,saling menghormati,saling mengiktiraf,saling memerlukan dan sebagainya, akan menjadi bahan penyatu yang ampuh.Kehadiran faktor-faktor ini sudah semestinya menjadikan pasangan suami isteri terus hidup dlm suasana penuh harapan, berkeyakinan tinggi dan sentiasa terangsang. Seperti yg pernah disebutkan keadaan kehidupan keluarga yg sentiasa dihiasi dgn bunga-bunga kemesraan dan kasih sayang bukan sahaja akan mengikat ahli keluarga dgn ikatan yg padu malah akan dapat menjamin terbentuknya rumah tangga yang aman damai dibelai dengan belaian kasih dan sayang.
(RUJUK
VIDEO BAR DISEBELAH- MENGENAI KELUARGA BAHAGIA OLEH USTAZ HJ.FADZILAH)
Keluarga ku Sayang
Segalanya
bermula dari sebuah keluarga
Didikan
yang baik, akhlak yang mulia, peribadi yang unggul,
semuanya
bermula di dalam sebuah keluarga.
iaitu
iaitu
DALAM TEMA “KELUARGAKU SAYANG” SAYA INGIN MENGUPAS BEBERAPA
TAJUK PENTING YANG BOLEH MEMBANTU ANDA
SEMUA MEMAHAMI TAJUK YANG
AKAN DIBINCANGKAN. ANTARANYA TERMASUKLAH,
Contoh-contoh karangan
Sistem Bahasa
Memahami teks/petikan kefahaman
Menjawab soalan
Teknik menjawab soalan kertas 1
Teknik menjawab soalan kertas 2
(Bahagian A , B dan c))
Bahagia seluruh semesta
bermula dari sebuah keluarga
dari titis susu ibu tersayang
terbinalah sungai kasih yang panjang
Tumbuh dari keringat ayah
kita perah pengorbanannya yang melimpah
air matanya mengalir di darah kita
membina semangat dan cita-cita
Rentaslah seribu lautan
kembaralah di serata benua
tak kan kau temui semurni cinta
semurni cinta keluarga
Bila langkah remajamu ditusuk sembilu
kembara dewasamu diamuk nafsu
kenanglah pesan ibu
ingatlah madah ayah:
Kembalilah ke jalan Allah
KELUARGA
Definisi Keluarga
Keluarga
berasal dari bahasa Sansekerta: kula dan warga "kulawarga" yang
berarti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa orang
yang masih memiliki hubungan darah, bersatu.
Keluarga juga di definisikan sebagai unit terkecil
dari masyarakat yang terdiri atas Kepala Keluarga dan beberapa orang yang
berkumpul dan tinggal di suatu tempat dibawah suatu atap dalam keadaan saling
kebergantungan (Depkes RI, 1998). Anggota rumah tangga yang saling
berhubungan melalui pertalian darah adaptasi atau perkawinan (WHO, 1969).Keluarga adalah sekelompok manusia yang tinggal
dalam suatu rumahtangga.
Menurut Kamus Dewan
edisi keempat, keluarga
bermaksud sesi
rumahtangga yang terdiri daripada suami dan isteri atau berserta
anak-anak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, bahagia bermaksud suasana
senang dan aman,aman damai serta gembira.
Dari pengertian di atas dapat diambil
kesimpulan bahwa keluarga
adalah unit terkecil
dari masyarakat.Terdiri daripada 2 orang atau lebih.Adanya ikatan perkawinan
atau pertalian darah. Hidup dalam satu rumah tangga.Di bawah asuhan seseorang
ketua rumahtangga. Berinteraksi di antara sesama anggota keluarga. Setiap
anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing .
KUPASAN
TAJUK PERTAMA
KELUARGA BAHAGIA
APA ITU BAHAGIA?
Istilah "bahagia" itu adalah suatu perkara yang unik dan
terlalu seni untuk didefinisikan secara tepat, apatah lagi jika ia ditakrifkan
oleh bermacam orang yang sudah tentu bermacam-macam pula ragamnya. Hanya dengan
menggunakan kaca mata Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah sahaja
definisi bahagia itu dapat dirungkaikan dalam bentuk amalan, sekalipun ianya
tidak berjaya diungkaikan oleh lidah yang tidak bertulang berupa sesuatu lafaz
atau ucapan kata-kata. Bahkan kalau dikira, definisi yang dirungkaikan dalam
bentuk praktik itulah yang lebih tepat dari definisi yang berjaya diungkaikan
dan diungkapkan melalui kata-kata atau ucapan.
Sebagai contoh: Orang miskin akan mentakrifkan
kebahagiaan itu berdasarkan kekurungan yang ada pada dirinya yang ia terlalu
ingin untuk milikinya dari segi harta benda dan kemewahan,sedangkan orang kaya
yang sudahpun bermewah-mewah dalam kehidupan, kadang-kadang melihat bahawa
kehidupan simiskin lebih bahagia berbanding dirinya.
Jadi, apakah yang mereka ingin
nyatakan tentang takrif kebahagiaan itu sebenarnya? Ini bermakna rasa bersyukur
dengan kemewahan dan reda dengan kemiskinan sahaja, masih belum cukup untuk
mentafsirkan makna kebahagiaan. Pendek kata kebahagiaan itu bukanlah apa yang
dinilai oleh nafsu yang suka kepada kehidupan serba mewah, bukan juga oleh
jasmani kita yang kadang-kala tertipu oleh kebuasan nafsu lalu hidup merana dan
menderita, bahkan bukan juga terletak kepada kepintaran akal yang memikirkan
akan betapa patutnya menggapai cabang-cabang kebahagiaan yang dianggapnya sebagai
tempat yang paling patut untuk berpaut. Sekaligus bukan pula takrif yang
didendangkan oleh hati yang kadang-kadang berlaku seperti pepatah Melayu :
"Ikut hati mati, ikut rasa binasa".
SIAPAKAH KELUARGA
KITA?
Institusi keluarga bolehlah dikategorikan sebagai satu unit manusia yang meliputi ayah, ibu dan beberapa orang anak. Ada juga keluarga yang mempunyai bilangan orang tua yang lebih banyak seperti datuk, nenek, dan pak cik serta mak cik pula.
KEPENTINGAN KELUARGA BAHAGIA
1.Mengelakkan suami isteri daripada bertikam lidah – tidak berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan.
2.Wujud sikap tolak-ansur serta sikap saling menyayangi antara ahli keluarga - sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud sebaik-baik kamu adalah sebaik-baik orang terhadap keluarganya dan aku adalah sebaik-baik orang terhadap keluargaku – kurang tekanan hidup.
3.Dapat melahirkananak-anak yang berjaya dalam hidup
4.Negara lebih harmoni - jenayah semakin berkurangan
5.Negara lebih maju – banyak pelaburan asing.
LANGKAH MEMBINA KELUARGA
BAHAGIA
1. PERANAN IBU BAPA
-Memberikan didikan agama & moral yg teguh – Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah butamanakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh– dapat membezakan hak dengan batil
-Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinangMencurahkan kasih sayang yang secukupnya – bagai menatang minyak yang penuh
-Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak
-jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan - Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim
2. PERANAN ANAK-ANAK
-menuruti ajaran ibu bapa
-harus belajar bersungguh-sungguh - mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa
-memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang
tidak sihat
seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya
-mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit
3. PERANAN AHLI KELUARGA
-mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit
3. PERANAN AHLI KELUARGA
-saling menghormati dan memahami
-bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
-Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing .
4. PERANAN SEKOLAH
-Menanamkan nilai kasih sayang dalam proses pembelajaran (rendah, menengah & IPT)
-Melentur buluh biarlah dari rebungnya
-Keegoan masih belum menebal – mudah ditegur dan dididik
-Nilai ini dapat dijadikan budaya hidup – alah bisa tegal biasa
-dapat diaplikasikan ketika melayari kehidupan berkeluarga
5. PERANAN KERAJAAN
-Mengadakan kempen kesedaran besar-besaran dan berterusan tentang pentingnya sebuah keluarga
yang bahagia
-Menyedarkan golongan ibu bapa
-Menganjurkan pelbagai program tentang kebahagiaan rumah tangga atau program yang menjurus
kearah kelahiran keluarga bahagia
-Mantan Perdana Menteri, PAK LAH – merasmikan kempen Keluarga Penyayang Aspirasi Negara
CONTOH-CONTOH KARANGAN
"Rumahku, syurgaku".
Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukum-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?
Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.
PERANAN IBU BAPA
DALAM MENDIDIK ANAK
“Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
“Keluarga bahagia tunjang kemakmuran negara”. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa keluarga memang memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia kanak-kanak. Remaja kini sering melibatkan diri dalam masalah social yang telah mencetuskan isu polemik dalam kalangan media massa yang saban hari meniti dari bibir ke bibir.Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Sudah tentu, sesuatu perkara berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-lintuk tidak ditiup angin. Pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.
Sesebuah
keluarga dibentuk dengan peranan ibu bapa masing-masing .kebanyakan ibu bapa
kini yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga menyebabkan anak-anak mereka di
rumah berasa tersisih seperti anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati
kelaparan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa haruslah mengimbangkan kerjaya dan
kehidupan seharian mereka agar anak-anak dapat mendapat didikan yang baik dari
segi fizikal dan mental. Ibu bapa sewajarnya tahu bahawa mujtamak yang kaya dalam
kebendaan tetapi muflis dari segi keperibadian akan secara tidak langsung
memberi impak negative terhadap anak-anak mereka. Oleh itu, keluarga
terutamanya ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk membentuk
keperibadian anak-anak.
Tambahan pula, ibu bapa haruslah memberi didikan dan asuhan yang baik sejak
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak- anak tentunya
dapat mengimplimentasikan nilai-nilai murni dan sikap positif ini dalam
kehidupan seharian, seterusnya membentuk sanubari yang baik. Ibu bapa merupakan
uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, oleh hal yang demikian mereka mestilah
sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali
dijadikan seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri
berjalan mengiring. Sudah terang lagi bersuluh bahawa jati diri anak-anak dapat
dibentuk melalui institusi keluarga.
PETUA KELUARGA BAHAGIA
2. Jika seorang bertegas, seorang lagi harus berlembut.Selalunya bapa lebih garang berbanding ibu. Sekali bapa bersuara,anak2 selalunya senang dengar kata.
3. Luangkan masa untuk bermain bersama anak2 dan sertai mereka ketika belajar atau mengulangkaji pelajaran. Bantu mereka jika mereka memerlukan bantuan tentang pembelajaran.
4. Lelaki & wanita yg bakal mendirikan rumah tangga perlu membuat persediaan mental,fizikal & kewangan sebelum membina keluarga. Jangan sampai ada yang menghantar anak ke rumah pengasuh, kemudian tidak mempedulikan anak mereka.
5. Manuasia mempunyai fitrah & naluri sebagai ibubapa iaitu perasaan sayang.Jika tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan keluarga & anak2, tanya org lain yg sudah berkeluarga misalnya keluarga terdekat atau kawan2 untuk meminta pandangan mereka atau berkongsi pengalaman.
6. Pastikan kesihatan anak2 terjaga dan mendapat rawatan sewajarnya jika keadaan memerlukan.
7. Setiap keluarga mesti memahami bahawa anak2 adalah amanah Tuhan. Kita perlu menjaganya dgn rasa tanggungjawab, mendidik, mengasuh dan membentuk mereka menjadi manusia yg berguna.
8. Kita kena kreatif dan mewujudkan keluarga yg harmoni, jika tidak ianya akan memberi kesan kpd anak2.
9. Suami isteri harus ada persefahaman. Ibubapa perlu bersikap positif dan yakin sebagai sebuah keluarga.Tahu tanggungjawab bagaimana untuk mendidik dan menjaga anak-anak.
Bertenang
dan jangan cemas
Anda perlu bertenang dan jangan
cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan.
Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang
anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil
seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk
mengikut perancangan yang dibuat.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran
anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan
bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti
biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan
ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan
itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari
tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik
dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali.
Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini
sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram
itu.
Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri anda
bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan
anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin
bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda
bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda
berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan
apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang
membanggakan
.
Masa rehat perlu secukupnya
Semasa belajar anda berasa cepat
letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda
berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan
sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula
pembelajaran anda.
Hapuskan tabiat suka tidur
Sebaiknya para pelajar tidak
terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda
demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di
samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan
masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur
beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda
supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling
sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap
pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah
kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan
keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu
tidur yang dilakukan.
Tidur
merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan.
Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan
pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur
dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai
perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram
kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan
prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi
peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang
seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.
Jangan mengambil sebarang ubat yang
meragukan
Pengambilan sebarang ubat
mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah
terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau
ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat
doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali
bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan
keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan
dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan
keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus
belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih
buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari
meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama
seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti
tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin
menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk
mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan
lagi otak untuk berfikir.
Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting
CARA
KITA MENGHARGAI JASA IBU BAPA
Dalam kehidupan,anggota keluarga merupakan orang yang
paling rapat dengan kita.Mereka banyak berjasa dan sanggup berkorban untuk kita
.Kita sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan mereka.Kita boleh menghargai
jasa dan pengorbanan mereka dengan menulis kata-kata untuk menunjukkan kasih
sayang dan penghargaan terhadap mereka.Contoh kata-kata penghargaan terhadap
anggota keluarga ialah:
Tanda kita mengingati
peristiwa bersejarah dalam keluarga kita juga menandakan kita mengambil berat
tentang keluarga kita.Mengingati hari jadi ibu bapa,adik-adik,datuk nenek atau
saudara terdekat kita amat penting untuk mengiratkan tali silaturahim antara
ahli keluarga Cara kita mengingati hari jadi,hari ibu atau bapa boleh kita
lahirkan dengan memberi hadiah atau menulis kad ucapan.
Sebagai kesimpulannya
kita hendaklah mengasihi keluarga kita kerana tanpa mereka siapalah
kita.Keluarga merupakan orang yang penting dalam hidup kita.Kita perlu sayang
menyayangi antara satu sama lain.Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan
berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga.Sejarah diri dan keluarga
amat penting kita pelajari untuk menjadikan kita seorang yang matang dan kenal
siapa diri kita dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan