BAHASA MELAYU UPSR KERTAS 2
BAHAGIAN B
Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
1. karangan tidak berformat
2. berkebolehan membuat ramalan berdasarkan permulaan atau
akhir cerita
yang diberi
3. berbentuk cerita, khayalan, pengalaman, ataupun kehidupan
binatang.
4. elakan terpesong tema cerita lain daripada tema yang
diberi
5. memahami maksud cerita yang diberi dan mempunyai gambaran
yang jelas
tentang sesuatu cerita itu.
6. setiap cerita mempunyai nilai-nilai murni seperti
bertanggungjawab, tolong-
menolog, kasih sayang atau apa saja yang
boleh membawa pengajaran.
7. walaupun cerita hanya rekaan, tetapi cerita itu mesti
boleh diterima akal.
A. Sudahkan cerita di bawah ini.
Saya mengayuh basikal agak perlahan. Walaupun lampu elektrik
menerangi jalan, tetapi saya perlu berhati-hati. Saya bimbang termasuk lubang
atau terbabas ke dalam parit. Sambil mengayuh, saya sempat berbual dengan Ahmad
yang duduk di belakang. Tiba -tiba saya ternampak susuk tubuh manusia menuju
belakang balai raya. Tanpa membuang masa ‘ ‘ ‘
Tanpa membuang masa , saya
memberhentikan basikal. Ahmad kehairanan, tetapi saya segera memberitahunya.
Ahmad faham. Basikal saya baringkan di tepi jalan raya.Tiba-tiba saya terdengar
cermin pecah. Saya yakin sudah tentu lelaki itu seorang pencuri. Dua bulan lalu
kaset dan pinggan mangkuk dicuri orang. Mungkinkah kejadian yang sama akan
berulang ?
Pencuri itu mesti ditangkap, kata
hati saya. Saya meminta Ahmad mengawasi pencuri itu keranasaya hendak ke rumah
Tuk Ketua. Tetapi sebelum sampai di rumah Tuk Ketua, saya nampak ramai orang
baru keluar dari masjid. Salah seorang daripadanya ialah Tuk Ketua. Saya masuk
ke perkarangan masjid. Disitu saya segera ceritakan apa yang saya lihat. Tuk
Ketua segera memberi taklimat . Kemudian mereka segera bergerak menuju ke balai
raya.
Sampai di balai
raya, seramai lima orang menuju ke bahagian belakang dan sebahagian lagi
menjaga bahagian kiri, kanan dan depan. Mereka melangkah serentak merapati
balai raya. Lelaki di dalam balai raya itu perasan, tetapi tidak sempat
melarikan diri. Lelaki itu akhirnya dapat ditangkap. Kemudian TukKetua
mengucapkan terima kasih kepada saya dan Ahmad.
A. Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir deng an ayat berikut :
‘ ‘ ‘ . Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada
di sampingku. Perempuan yang berwaja hngeri itu telah pergi.Pada malam itu, aku berseorangan di
rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun
dengan lebat, kilat sabung-menyabung.Aku toleh ke arah jam
usang di dinding. Rupa-rupanya sudah hampir pukul satu pagi.
Aku semakin
risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan.Tiba-tiba kedengaran
ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pintu. Sebaik
sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan
bertudung hitam berada di situ.Wajahnya amat mengerikan.Dia memandang tajam ke
arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku.Belum sempat
dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah.
Aku menutup pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila ku buka
mata , aku melihat ayah dan ibu berada disampingku. Perempuan yang berwajah
ngeri itu telah pergi.
Karangan Jenis Fakta / Rencana
· ditulis
dalam bentuk format biasa
· karangan
ini memerlukan kita mempunyai pengetahuan yang luas.
· jadi
perlu banyak membaca buku, majalah, surat khabar dan sebagainya
· fahamkan
kehendak soalan . Contohnya karangan yang bertajuk
”Tuliskan apa yang kamu tahut entang
burung…. Karangan ini mungkin disalah tasirkan sebagai
burung yang murid sukai atau burng peliharaan murid.
· pastikan
anda benar-benar tahu dan mempunyai fakta yang betul tentang tajuk.
· senaraikan
fakta-fakta / isi yang diketahui dan susun mengikut kepentingannya.
· setelah
mengemukakan pengenalan , tulis bahagian isi
· pastikan
anda dapat menyediakan 4 isi
· kamu
harus mampu mengembangkan sesuatu isi
· setiap
isi haruslah dihuraikan berserta contoh yang sesuai dengan menggunakan ayat dan
kata yang mudah difahami. Jika boleh sertakan kesannya.
· masukkan
perangkaan atau peristiwa untuk menguatkan kenyataan.
· setelah
siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup.
· gunakan
bahasa yang tepat, usah leret-leret.
Soalan
Tuliskan sebuah karangan tentang ’Penggunaan Komputer“.
Rangka Karangan :
Pendahuluan - alat komunikasi rekaan sains
- penggunaannya meluas
Perenggan ke-2 - digunakan di pejabat-pejabat
- menyimpan data-data
- menjalankan tugas dengan cepat
Perenggan ke-3 - pengunaan komputer di pusat-pusat perubatan
- mengesan penyakit
- membantu mengesan penyakit
Perenggan ke-4- pengunaan komputer dalam pelajaran
- mengajar Matematik, Sains dan Bahasa
Penutup - keuntungan menggunakan komputer
- jimat masa dan wang
- bantu manusia menyelesaikan masalah yang sukar
Komputer merupakan salah satu alat komunikasi rekaan sinas.
Penggunaannya begitu meluas dewasa ini. Komputer digunakan dalam pelbagai
bidang.Komputer sering digunakan di pejabat-pejabat kerajaan atau swasta.
Ia berfungsi sebagai
alat untuk menyimpan data-data. Dengan penggunaan komputer , kakitangan pejabat
dapat menjalankan tugas dengan
cepat dan tepat.Pusat-pusat perubatan juga menggunakan
komputer bagi mengesan sesuatu penyakit.
Dengan penggunaan komputer juga , ia dapat mengatasi kekurangan tenaga pekarja.
Komputer dapat membantu menyelesaikan kes-kes atau pembedahan yang rumit.
Komputer turut digunakan dalam bidang pelajaran. Kebanya kan sekolah
menggunakan computer untuk mengajar mata pelajran Matematik , Sains , Fizik dan
sebagainya.
Pendek kata
penggunaan komputer banyak mendatangkan keuntungan. Ia dapat menjimatkan masa
dan wang serta membantu menyelesaikan masalah yang sukar di selesaikan oleh
akal manusia.
Tajuk : Banjir
Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kita
terutamanya negeri -negeri Pantai Timur. Bajir berlaku setelah hujan lebat
tidak berhenti -henti selama beberapa hari.Biasanya banjir melanda
kawasan-kawasan yang rendah dan berhampiran sungai.
Apabila Bajir melanda, banyak
harta benda akan musnah. Binatang ternakan dan tanaman akan mati. Para petani
akan mengalami kerugian besar.Banjir juga mengancam manusia. Kita tidak boleh
bermain dengan air banjir kerana alirannya yang deras dan dalam akan menghanyutkan
kita. Jika tidak tahu berenang , kita akan mati lemas.
Oleh
itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih baik
jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.
Tajuk : ” Kepentingan Kenderaan …
Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada
kenderaan yang bergerak di air. Ada pula yang dapat bergerak di udara dan ada
yang bergerak di darat.
Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin yang direka khas. Kenderaan amat penting
dalam kehidupan manusia. Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan
untuk tujuan pengangku tan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu
tempat ke satu tempat yang lain. Kenderaan yang digunakan bagi tujuan
pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi,
motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh
pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis
udara.
Kenderaan mambolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita
tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan
yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar
sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin
ditujui.
Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat
perniagaan amat bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan
barangan keluaran mereka. Dengan adanya kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan
barang-barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan ekonomi akan
berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah pembangunan. Untuk sampai ke
satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama.
Dengan menaiki kenderaan,
masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal
terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke
sana hanyalah empat puluh lima
minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga. Jadi jelaslah
bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat
tepat dan cepat.
Tip :
Isi karangan berbentuk fakta adalah senang dicari
secara peta minda.
Karangan Jenis Perbincangan
1. Karangan jenis ini membicarakan dua sudut secara serentak
iaitu sesuatu isu dan persoalan.
2. setelah mengemukakan pengenalan ( maksud atau definisi
tajuk )
3. perlu mentafsirkan tajuk sama ada benar atau salah, baik
atau buruk, tetapi pendapat menjurus ke arah
tajuk
4. tulis bahagian isi ( pastikan anda dapat menyediakan 4
isi )
5. setiap isi haruslah dibincangkan ( yang penting d
idahulukan )
6. kamu harus mampu mengembangkan sesuatu isi ( perlu
penghujahan yang benar dan logik )
7. setelah siap mengembangkan isi kemukakan bahagian penutup
( berupa penegasan terhadap tajuk ).
Tinggal di kampung lebih baik tinggal di bandar.
Pendahuluan :
n ulasan
kamu mengenai tempat tinggal kamu
n pilihlah
yang mana sesuai
isi
i. alam sekitar
n udara
, bunyi , air
ii. jimat perbelanjaan
n sumber
makanan yang murah dan segar
iii. hidup berjiran
n tolong-menolong
, bekerjasama
iv. suasana lebih aman
n jauh
daripada kesibukan , jenayah , kecurian
Penutup
penegasan kepada tajuk.
Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di
kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semulajadi yang tidak terdapat di
bandar.
Saya suka tinggal di
kampung kerana di sini terdapat pokok -pokok yang menghijau , burung-burung
berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan
damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara.
Oleh itu tinggal di kampung lebih
sihat daripada tinggal di bandar. Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang.
Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan
jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi.
Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar. Orang-orang di
kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara
satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri
dari pengaruh –pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.
Suasana
yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa
menyebabkan tinggal di kampung lebik baik daripada di bandar.
Tajuk : Bincangkan kebaikan dan keburukan menonton
televisyen.
Televisyen merupakan alat ciptaan manusia hasil daripada
perkembangan sains dan teknologi. Alat perhubungan ini amat popular pada masa
kini.
Menonton televisyen mempunyai banyak kelebihan kerana televisyen menyiarkan
pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Melaluinya, kita dapat
mengetahui cara dan gaya hidup masyarakat lain.
Selain itu, terdapat juga rancangan-rancangan bercorak
pendidikan yang disiarkan misalnya rencana. Kita akan memperolehi ilmu yang
berfaedah daripada siri tersebut.
Namun begitu, menonton televisyen juga boleh melalaikan dan membuang masa di
depan televisyen terutamanya pelajar-pelajar. Mereka lebih suka menghabiskan
masa di depan televisyen tanpa menghiraukan pelajaran.
Kesimpulannya, kita boleh menonton televisyen tetapi mesti mengetahui batas
-batas kerana televisyen mempunyai kebaikan dan keburukan.
CONTOH KARANGAN TENTANG KELUARGA
PENGENALAN
ANGGOTA KELUARGA MERUPAKAN ORANG YANG PALING PENTING DALAM HIDUP KITA.SESEBUAH KELUARGA BIASANYA TERDIRI DARIPADA BAPA,IBU DAN ANAK-ANAK.KELUARGA INI DINAMAKAN KELUARGA ASAS.SELAIN KELUARGA ASAS,TERDAPAT JUGA ANGGOTA KELUARGA KEMBANGAN YANG TERDIRI DARIPADA DATUK,NENEK,BAPA SAUDARA,SEPUU,DAN ANGGOTA KELUARGA LAIN.
KITA SEHARUSYA MEMAHAMI ANGGOTA
KELUARGA SENDIRI.KITA SEPATUTNYA MENGETAHUI
MAKANAN,MINUMAN,PAKAIAN,WARNA KEGEMARAN DAN HOBI
MEREKA.SELAIN ITU,KITA JUGA SEPATUTNYA MENGETAUI
PERLAKUAN YANG DISENANGI DAN TIDAK
DISENANGI OLEH ANGGOTA KELUARGA .HUBUNGAN KEKELUARGAAN
AKAN LEBIH KUKUH DAN MESRA APABILA
ANGGOTA KELUARGA SALING MEMAHAMI ANTARA
SATU SAMA LAIN.PERSEFAHAMAN YANG TERJALIN INI
JUGA DAPAT MENGELAKKAN KITA DARIPADA
MENYAKITI HATI DAN MENYINGGUNG PERASAAN ANGGOTA
KELUARGA.
SEBAGAI ANGGOTA KELUARGA,KITA
JUGA MESTI MENYAYANGI ANTARA SATU SAMA
LAIN.KITA BOLEH MENUNJUKKAN KASIH SAYANG
DENGAN BERKONGSI MASA SUKA DAN DUKA BERSAMA
ANGGOTA KELUARGA.KITA MESTI MENGHORMATI ANGGOTA KELUARGA
TERUTAMA YANG LEBIH TUA SEPERTI
DATUK,NENEK,AYAH,IBU,ABANG, DAN KAKAK.PERTUTURAN DAN TINGKAH LAKU
KITAJUGA MESTILAH SENTIASA BERSOPAN SEMASA
BERINTERAKSI DENGAN ANGGOTA KELUARGA.KITA JUGA
MESTI AKUR DAN PATUH DENGAN NASIHAT DAN
LARANGAN KELUARGA.KITA SEWAJARNYA BERSYUKUR
KEPADA TUHAN KERANA DIANUGERAHI SEBUAH KELUARGA.
CONTOH KARANGAN MURID.
KELUARGA SAYA
Nama saya Nur Aqilah binti Zulkefli. Saya
mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga saya terdiri daripada
datuk,nenek,ayah,ibu,dan tiga lagi adik.Saya merupakan anak sulung dalam
keluarga.
Nama ayah saya ialah Zulkefli bin Mamat.Ayah saya dilahirkan pada 02 Ogos
1966.Ayah saya berumur 45 tahun.Ayah saya bekerja sebagai peniaga.Ayah saya
seorang yang penyayang.Ayah mempunyai 11 orang adik beradik.Beliau merupakan
anak yang ke empat.
Nama ibu saya ialah Rohana binti
Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan tanggal 7 Julai 1969. Ibu saya
bekerja sebagai seorang guru.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Beliau
sentiasa menasihati saya belajar bersungguh-sungguh supaya dapat berjaya dalam
hidup dunia dan akhirat.Ibu saya juga mempunyai 11 orang adik beradik dan
merupakan anak yang ke dua dalam keluarga.
Saya juga mempunyai seorang adik lelaki dan dua orang adik perempuan.Nama adik
lelaki saya ialah Muhammad Ammar bin Zulkefli.Adik saya berumur 9 tahun dan
belajar dalam tahun 5 .Adik saya dilahirkan pada 28 februari 2000.Beliau
seorang yang aktif dalam bidang sukan terutama bola sepak.Beliau sentiasa
mewakali sekolah dalam pertandingan bola dan bercita-cita menjadi pemain
bola sepak dunia suatu hari nanti.
Nama adik
perempuan saya yang pertama ialah Nur Aisyah Mardiah binti Zulkefli.Adik saya
berumur 10 tahun.Adik saya belajar dalam tahun empat.Adik saya seorang yang
peramah dan amat rajin.Nama adik perempuan saya yang bongsu ialah Nurul
Nadhirah binti Zulkefli.Adik saya sangat cantik dan pintar.Adik saya berumur 6
tahun.Adik saya belajar di kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai
Senak.
Saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Nama datuk di sebelah ayah
saya ialah Mamat bin Mahmood.Datuk saya berumur 67 tahun.Manakala nama nenek
saya ialah Dayang bin Muda.Nenek saya berumur 64 tahun.
Nama datuk sebelah ibu saya ialah Ismail bin Omar.Datuk saya sudah meninggal
dunia hampir setahun yang lalu.Saya juga mempunyai nenek bernama Minah binti
Mat Salleh.Nenek saya berumur 62 tahun.
KISAH KELUARGA SAYA
Di samping ayah,ibu dan adik-adik
yang disayangi, saya juga mempunyai datuk dan nenek yang penyayang.Mereka
sering mengambil berat pada kami sekeluarga.Ayah saya berasal dari
Terengganu,manakala ibu saya dilahirkan di Kelantan.
Datuk dan nenek sebelah ayah saya tinggal di Terengganu.Mereka sangat
baik.Beliau sudah bersara.Kini datuk dan nenek menjadi guru al-Quran kepada
anak-anak Kampung.Saya amat berbangga kepada mereka berdua.Walaupun sudah
semakin uzur,mereka tetap ingin membantu anak-anak kampung mengaji quran.Mereka
juga amat disegani di Kampungnya.
Saya juga mempunyai seorang
nenek sebelah ibu saya.Datuk saya sudah meninggal dunia.Walaubagaimanapun saya
masih ingat lagi yang datuk saya sangat baik,lemah lembut dan penyayang.Kami
suka bergurau kerana datuk seorang yang kelakar.Nenek saya juga seorang yang
baik,rajin dan amat menyayangi kami semua.Kami tinggal berhampiran dengan rumah
nenek.Neneklah yang mengajar kami mengaji al Quran.Kami sangat menghormati dan
menyayang nenek.Sesungguhnya saya amat bangga mempunyai keluarga yang
bahagia.Segala masalah yang kami hadapi,kami selesaikan secara bersama.
Saya dilahirkan dihospital Besar Kuala Terangganu,Terengganu.Saya kini belajar
di Sekolah Maahad Amir InderaPetra,Beris Kubur Besar.Dalam peperiksaan Upsr
Tahun Lepas saya mendapat keputusan 4A 1B.Saya amat bangga kepada keluarga saya
kerana mereka sentiasa memberi galakan kepada saya supaya berjaya dalam
pelajaran.
Dalam keluarga saya,mereka
sering mengutamakan pelajaran,ini adalah kerana ibu saya seorang pendidik(guru)
yang amat tegas.Ibu saya amat menitikberatkan pelajaran kepada kami sekeluarga.Dalam
keluarga ibu,ibu adalah tokoh guru yang berkelibar dan sering dijadikan panduan
.Saya bangga mempunyai ibu yang penyayang dan mementingkan pendidikan untuk
anak-anak.Bagi saya ibu adalah ibu,guru dan kawan tempat kami bergantung dan
mencurah kasih sayang.
IBU SAYA
Tokoh yang paling saya
hormati dalam keluarga saya adalah ibu saya sendiri iaitu Puan Rohana bt
Ismail.Ibu saya berumur 42 tahun dan dilahirkan di Kampung Pantai Senak,Tawang
Bachok Kelantan.Ibu saya bekerja sebagai seorang guru.Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak.Seterusnya melanjutkan
pelajaran di Sekolah Menengah Raja Sakti sehingga ke tingkatan Lima.
Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,ibu melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kubang Kerian,Kota Bharu Kelantan.Selepas itu ,beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara dalam bidang Elektronik.Selepas itu ditawarkan ke Maktab Perguruan Perempuan Melaka.Pada tahun 1995,beliau memulakan tugas pertamanya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung,Kuala Terengganu.Bertemu jodoh dengan Zulkefli Bin Mamat dan memperolehi empat orang cahaya mata iaitu Nur Aqila h,Muhammad Ammar ,Nur Aisyah Mardiah dan Nurul Nadhirah bt.Zulkefli.
Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM,ibu melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di Sekolah Menengah Kubang Kerian,Kota Bharu Kelantan.Selepas itu ,beliau melanjutkan pelajaran ke Institut Kemahiran Mara dalam bidang Elektronik.Selepas itu ditawarkan ke Maktab Perguruan Perempuan Melaka.Pada tahun 1995,beliau memulakan tugas pertamanya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Guntung,Kuala Terengganu.Bertemu jodoh dengan Zulkefli Bin Mamat dan memperolehi empat orang cahaya mata iaitu Nur Aqila h,Muhammad Ammar ,Nur Aisyah Mardiah dan Nurul Nadhirah bt.Zulkefli.
Minatnya yang
mendalam dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau menyambung pelajaran di
Universiti Pendidikan Sultan Ideris Tanjung Malim,Perak untuk mendapatkan
Ijazah Dalam pengkhususan Bahasa Melayu.Beliau seorang yang aktif dalam
kerja-kerja kemasyarakatan dan merupakan seorang tokoh guru yang dihormati.Saya
amat bangga mempunyai ibu seperti beliau.
BAHASA MELAYU UPSR
BAHAGIAN C (NILAI MURNI)
Kelemahan Pelajar
a)Tidak memahami kehendak soalan
b)Menyalin semula ayat berdasarkan petikan
c)Tidak dapat mengenal pasti nilai2 murni
d)Mengulas cerita yang di beri ,tidak membuat ulasan tentang nilai
e)Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan.Hanya nilai murni yang dihafal\diketahui sahaja.
f)Banyak kesalahan dalam aspek bahasa
a)Tidak memahami kehendak soalan
b)Menyalin semula ayat berdasarkan petikan
c)Tidak dapat mengenal pasti nilai2 murni
d)Mengulas cerita yang di beri ,tidak membuat ulasan tentang nilai
e)Nilai murni yang tidak berkaitan dengan petikan.Hanya nilai murni yang dihafal\diketahui sahaja.
f)Banyak kesalahan dalam aspek bahasa
Kelemahan2 Pemeriksaan Guru
1.Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan2 bahasa
1.Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan2 bahasa
berlainan.
2.Menggunakan satu tanda (\) panjang lalu diberikan markah.
3.Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh
2.Menggunakan satu tanda (\) panjang lalu diberikan markah.
3.Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar.
4.Penandaan bagi idea2 yang diberikan oleh pelajar tidak ditandakan
4.Penandaan bagi idea2 yang diberikan oleh pelajar tidak ditandakan
dengan tepat.
5.Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan.
6. Markah yang diberikan oleh pelajar tidak digenapkan.
7.Kurang tepat menentukan kesalahan dalam aspek tatabahasa.
Contohnya,antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan
5.Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan.
6. Markah yang diberikan oleh pelajar tidak digenapkan.
7.Kurang tepat menentukan kesalahan dalam aspek tatabahasa.
Contohnya,antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan
perkataan.
8.Markah yang diberikan kurang tepat,sama ada terlalu tinggi\terlalu
8.Markah yang diberikan kurang tepat,sama ada terlalu tinggi\terlalu
rendah untuk bahagian C.
Teknik Menjawab Bahagian C
Sebelum Menjawab
1.Baca &faham arahan soalan.
a)Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati daripada
Sebelum Menjawab
1.Baca &faham arahan soalan.
a)Tulis lima nilai murni atau pengajaran yang boleh kamu dapati daripada
petikan atau puisi.
b)Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
c)Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
b)Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
c)Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
2.Mencatat nilai murni\pengajaran\amalan yg baik
a)Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham
a)Baca petikan atau puisi yang diberi secara keseluruhan dan cuba faham
isi kandungannya.
b)Baca petikan atau puisi yang di beri secara ayat demi ayat dan gariskan
b)Baca petikan atau puisi yang di beri secara ayat demi ayat dan gariskan
ayat \rangkaikata yang mempunyai nilai2 murni.
c)Jika terdapat nilai yang negatif,jadikan nilai itu kepada positif.
c)Jika terdapat nilai yang negatif,jadikan nilai itu kepada positif.
Contoh:bangun lewat-bangun awal
3.Senaraikan
nilai murni seberapa banyak yang dapat (melebihi 5 nilai
murni)
4.Memahami nilai yang tersurat dan tersirat.
5.Elakkan membuat ulasan dalam bentuk cerita.
6.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
7.Elakkan\jangan menyalin semula petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
4.Memahami nilai yang tersurat dan tersirat.
5.Elakkan membuat ulasan dalam bentuk cerita.
6.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja diterima.
7.Elakkan\jangan menyalin semula petikan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
SEMASA MENJAWAB
1.Berpandukan nilai2 murni yang telah dicatat,tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.
2.Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.
3.Elakkan\jangan menyalin semua perenggan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
4.Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu di masukkan.
5.Kemukakan lebih daripada 5(lima) nilai\pengajaran.
6.Ulasan tidak perlu terlalu panjang.Satu nilai memadai dengan satu ayat sahaja.
7.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja di terima,
1.Berpandukan nilai2 murni yang telah dicatat,tulis jawapan dengan menggunakan ayat sendiri dan cuba gunakan penanda wacana yang sesuai untuk membina ayat yang gramatis.
2.Ulasan hendaklah tulis dalam satu perenggan sahaja.
3.Elakkan\jangan menyalin semua perenggan kerana ini menyebabkan aras penskoran akan turun.
4.Peribahasa atau kata hikmat tidak perlu di masukkan.
5.Kemukakan lebih daripada 5(lima) nilai\pengajaran.
6.Ulasan tidak perlu terlalu panjang.Satu nilai memadai dengan satu ayat sahaja.
7.Hanya nilai positif yang terdapat dalam petikan sahaja di terima,
SELEPAS MENJAWAB
1.Semak 5 aspek kesalahan bahasa.(perbendaharaan kata,skruktur ayat,imbuhan,ejaan,dan tanda baca)
2.Pastikan lebih daripada 5 nilai murni\pengajaran.
3.Bilangan perkataan tidak perlu terlalu panjang.Memadai antara 50-70 patah perkataan sahaja.
4.Jangan mencatat di ruang jawapan.
1.Semak 5 aspek kesalahan bahasa.(perbendaharaan kata,skruktur ayat,imbuhan,ejaan,dan tanda baca)
2.Pastikan lebih daripada 5 nilai murni\pengajaran.
3.Bilangan perkataan tidak perlu terlalu panjang.Memadai antara 50-70 patah perkataan sahaja.
4.Jangan mencatat di ruang jawapan.
CONTOH LATIHAN
Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, �Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,� Suraya menjawab, �Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.�
Apabila balik dari sekolah, Suraya mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, �Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,� Suraya menjawab, �Terima kasih kasih, kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.�
Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli
keluarganya. Suraya selalu menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk,melipat kain
dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta.
Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.
Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas,kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.
Pada hari minggu,suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
Nilai murni
atau pengajaran
1. Menjaga keselamatan buku
2. Memberi bantuan/tolong-menolong
3. Berdikari dengan membuat sendiri
4. Rajin membantu keluarga
5. Menjaga kebersihan
6. Mengisi masa lapang
1. Menjaga keselamatan buku
2. Memberi bantuan/tolong-menolong
3. Berdikari dengan membuat sendiri
4. Rajin membantu keluarga
5. Menjaga kebersihan
6. Mengisi masa lapang
Contoh jawapan
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah menjaga keselamatan buku dengan membalut buku. Selain itu kita mestilah mengamalkan sifat pemurah dengan memberikan bantuan dan bekerjasama antara satu sama lain. Seterusnya,kita haruslah menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya kelihatan bersih dan ceria.Di samping itu, kita seharusnya menolong ahli keluarga untuk meringankan bebanan mereka. Di samping itu juga,kita sepatutnya tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Akhir sekali, kita sepatutnya menjadi seorang insan yang bertanggungjawab kepada diri dan keluarga.
HAFAL INI
Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah ............................................���������� � Selain itu, kita mestilah ������������ ��. Seterusnya, kita haruslah ����������� ��. Di samping itu, patutlah ����������� ��� Akhir sekali, kita sepatutnya ��������� ��. Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
BM KERTAS 1 DAN KERTAS 2
************************************************
TATABAHASA
GOLONGAN KATA
KATA NAMA
Perkataan
NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA
dan
satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata
Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata
Nama Khas
c) Kata
Ganti Nama
d) Kata
Nama Terbitan
e) Kata
bilangan
Nama Betul
1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama
Khas.
Nama
Am
2. Kata
Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan,
dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Dengan
kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau
umum.
3. Kata
nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
(a) konkrit,
iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
(b) abstrak,
iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
4. Kata
nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama
terbitan.
5.
Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
buai -
buaian
tua -
ketua
raja -
kerajaan
tahu -
pengetahuan
Kata
nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan
pada awal ayat.
Contoh:
Kata
Nama Khas
1. Kata
nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk
menyebut nama sesuatu
benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2.
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda
yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan
sebagainya.
Perkataan
Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a)
benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b)
orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
c)
binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
d)
tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya
huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
Perbandingan
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kata
nama Terbitan
Kata
nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan
yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
di awal kata ( awalan )
di akhir kata ( akhiran )
di awal dan di akhir kata ( apitan )
Sila
teliti contoh-contoh imbuhan :
Kata
dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada
beberapa kelas iaitu :-
LATIHAN KATA NAMA
A. Isi tempat kosong dengan kata yang
sesuai.
Melaka garam Universiti Malaya dewan Alba bangau Comel kampung gelas Kompeniku 1 Sudah lama saya tidak menjenguk nenek di . 2 Setinggi-tinggi terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. 3 Majalah akan diterbitkan tidak lama lagi. 4 "Masukkan secubit ke dalam masakan itu," kata ibu. 5 Kakak saya bekas mahasiswi . 6 Tambang bas dari ke sini ialah lima ringgit. 7 Adik sungguh sayang akan . 8 Murid-murid diminta berkumpul di . 9 itu jatuh ke lantai lalu pecah. 10 Abang menghadiahi saya sebuah jam tangan .
KATA
KERJA
Kata
kerja terbahagi kepada :
A. Kata
Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata
Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata
Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya
kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil
penyambut(objek).
2. Ayat
ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata
kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan,
menduduki, mempersilakan.
1.
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata
nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata
kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper,
memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh
ayat :
1.
Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan
itu menjual sayur.
3. Bapa
sedang menulis surat.
Dalam
ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan
seekor burung ialah benda
yang kena buat atau penyambut.
Dalam
ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan
sayur ialah benda yang
kena buat atau penyambut.
Dalam
ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau
penyambut.
(a) Pak
Abu menjala ikan.
(b)
Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)
"Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua
kampung.
(d)
Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk
memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)
Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata
kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat
itu sendiri kepada diri
pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak
mempunyai penyambut.
Contohnya
::
1.
Mereka berjalan pada hari cuti.
2.
Anjing itu sedang tidur.
3.
Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam
ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam
ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam
ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Kata
Kerja Tak Transitif
1.Kata
kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni
tidak memerlukan objek lagi.
2.Kata
kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan
ber, men, ter, ber... an,
dan
ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang
belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.
Peringatan
Tiap-tiap
kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah
‘kan’ atau ‘ I’
di
hujungnya.
Contoh
ayat:
1.
Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak
sedang menidurkan adik.
3.
Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4.
Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya
sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
Kata
Kerja Pasif
1.Kata
kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi
yang tidak berawalan men.
Contohnya:
angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.Ada
tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja
pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata
kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya:
kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.Kata
kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya:
kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5.Kata
kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat,
dipelajari, dan dipersilakan.
LATIHAN KATA KERJA
A.Isi tempat kosong di bawah ini dengan kata kerja
yang sesuai.
terpengaruh
mendakwa
berbincang
mengalah dicat
mempelbagaikan
berpandukan memperalat
mengerti kandas
1 Orang itu bahawa
beg itu kepunyaannya.
2 Sudah dua kali dia dalam ujian Matematik. 3 Guru-guru perlu kaedah pengajaran. 4 Jangan sekali-kali orang yang lemah. 5 Kamal selalu pada adik bongsunya. 6 Mereka seringkali tentang masalah peribadi. 7 Puan Aini tidak mudah oleh pujuk rayu jurujual itu. 8 Dia masih tidak akan kejadian yang sebenarnya. |
Blog yang amat bermanfaat kepada para pelajar dan guru juga. Tahniah.
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi info blog saya.
PadamBANYAK MAKLUMAT, TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ANDA
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi info blog saya.
PadamTerima kasih kerana memberikan idea yang bernas.
BalasPadamTerima kasih kerana berkongsi info blog saya.
Padam